Kehadiran kata penguat dalam kata adjektif
Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif dan kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata Penguat Hadapan
Cukup, kurang, terlalu, paling, agak, begitu, demikian, lebih
Contoh ayat:
i. Pokok di belakang rumah Rahman terlalu rendang.
ii. Masakan ibunya paling sedap.
iii. Lukisan itu agak cantik.
Kata Penguat Belakang
sekali, benar, nian, betul
Contoh ayat:
i. Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.
ii. Rumah di atas bukit itu cantik betul.
iii. Pemandangan di situ indah nian.
Kata Penguat Bebas
amat, sangat, sungguh
Contoh ayat:
i. Pakaian pemuda itu amat kemas.
ii.Pakaian pemuda itu kemas amat.
iii. Sungai itu dalam sangat.
iv.Sungai itu sangat dalam.
Terdapat dua kata penguat yang boleh hadir berturut-turut sebelum kata adjektif.
Contoh;
terlalu amat
terlalu sangat
sungguh amat
agak kurang
sungguh kurang
amat sungguh
Contoh ayat;
i.Emaknya meninggal dunia kerana terlalu amat terkejut apabila mendapat berita kemalangan anaknya.
ii. Anaknya menjadi manja apabila terlalu sangat diberi muka.
![](http://www.weebly.com/weebly/images/file_icons/wav.png)
kehadiran_kata_penguat.wma | |
File Size: | 1832 kb |
File Type: | wma |